Jumlah Paparan Halaman

Cari Blog Ini

eDesa.my : Platform Pemasaran Produk Usahawan Luar Bandar


APA ITU APLIKASI eDESA

Aplikasi e Desa adalah platform yang menawarkan pemasaran produk yang memfokuskan pelbagai jualan yang dihasilkan oleh usahawan luar bandar. Platform ini dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada 21 Februari 2022 yang lalu di Hotel Premiera.

PRODUK DITAWARKAN MENERUSI APLIKASI eDESA

Berikut adalah merupakan produk yang ditawarkan kepada usahawan luar bandar untuk memasarkan produk menerusi platform ini seperti:

  • Makanan
  • Minuman
  • Kraf dan Seni
  • Pakaian
  • Aksesori
  • Kosmetik
  • Kesihatan dan Kecantikan
  • Perabot
  • Ternakan
  • Lain-lain
My eDesa Store

Peningkatan Kualiti

Selain itu juga, beberapa agensi di bawah KPLB yang turut membantu memberi pinjaman, geran dan khidmat nasihat bagi meningkatkan produk dan kualiti peniaga-peniaga luar bandar.

Agensi yang terlibat adalah seperti:



  1. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
  2. Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
  3. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
  4. Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
  5. Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)
  6. Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)
  7. Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau

Cara Mendaftar

Untuk usahawan luar bandar yang berminat untuk mendaftar di aplikasi ini, sila ikuti langkah berikut:

  1. Klik pautan pendaftaran berikut https://edesa.my/user/register.
  2. Masukkan maklumat pendaftaran dan klik butang ‘Daftar.’
  3. Log masuk dengan memasukkan email dan kata laluan.
  4. Buat pendaftaran seterusnya dengan mengisi nama produk serta gambar yang berkaitan.

Info Lanjut

Untuk info lanjut mengenai Aplikasi eDesa, sila layari laman web https://edesa.my/.

Tiada ulasan: